MEMOHON SUMBANGAN

MEMOHON SUMBANGAN
Inginkan AKHIRAT CURRENCY SAVING ACCOUNT? Kami pihak radio suara rakyat fm ingin memohon sumbangan jariah para pendengar setia untuk melancarkan lagi perjalanan perjuangan untuk menegakkan keadilan sejagat. semoga sumbangan anda mendapat keberkatan bagi membantu dalam menegakkan keadilan dan perjuangan seperti yg dituntut dalam setiap pegangan agama. semoga sumbangan anda dapat menjadi satu syafaat di hari akhirat nanti... disini kami sertakan nombor akaun untuk sumbangan anda didalam akaun: SUARA RAKYAT ENTERTAINMENT (1405-0001092-10-7) CIMB BANK jutaan terima kasih kami ucapkan kepada penyumbang setia.. semoga Allah memberkati sumbangan anda terima kasih

Monday, February 18, 2013

Semoga terhibur dengan video ini




Kemenangan yang di perolehi, bukanlah tanda kebenaran atau kebathilan sesuatu yang di perjuangkan. Siapa yang menang bukan makna dia betul kerana kemenangan,siapa yang kalah pula bukan bermakna dia salah kerana kekalahan.

Dalam perjuangan Rasulullah SAW berjuang menegakkan Islam, adakah semasa Nabi SAW kalah, ianya menunjukkan perjuangan Nabi itu salah? Nabi SAW tetap benar ketika menang ataupun kalah dalam peperangan atau perjuangannya.

Kemenangan ada kalanya bukan tanda benar atau salahnya sesuatu usaha dalam perjuangan. 
Tetapi merujuk kepada kenapa perjuangan itu dilakukan.Kemenangan sebenarnya ialah dinilai apa yang menepati menurut Al-Qur'an dan Sunnah Nabi SAW.Itulah kemenangan!

Menang adalah amanah untuk memikul dan melaksanakan perintah Allah atas kemenangan. Dan kalah pula bukan bermakna salah dan terus lemah untuk memperjuangkan kebenaran. Setiap kali kekalahan itu ditempuhi, ianya adalah ujian untuk menilai tahap kesabaran. Dan sudah semestinya menjadi muhasabah untuk mendesak kepada peningkatan daya juang bagi lebih melakukan pengorbanan bagi meneruskan perjuangan menegakkan kebenaran.

Kemenangan sebenar adalah kemenangan mempertahankan yang benar itu benar dan yang salah itu tetap salah dalam apa juga keadaan dan situasi, walaupun dalam nilaian manusia kita kalah ibarat seprti lilin membakar diri demi islam tercinta, Wallahua'lam.

4 comments:

  1. Haah...admin lupa nk tepek la tuu... Potong gaji admin!!!

    ReplyDelete
  2. http://www.youtube.com/watch?v=jNQqqYj1A3g&list=UUVaEucv7zmWECwc3ghrtbGg&index=1 … SUFI SONGS 04: CITRA DIRI: by ; Nash Ar-Rawy : COMPOSER/ARTIS: JOEY : LYRICIST/MODEL ; NASH Ar-RAWY : www.nasharrawy.blogspot.com www.Youtube.com ( nasharrawy )

    Posted by Nash

    ReplyDelete